Telah berlangsung Program Hari Cuci Malaysia Tahun 2026 di Taman Rekreasi Tampin dengan jayanya. Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Koh Kim Swee, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kawasan Repah disaksikan oleh Puan Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin iaitu Puan Suriani binti Salihan. Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan seperti Pertandingan Kutipan Sampah Terberat, Pembelian Barangan Kitar semula oleh SWCORP Cawangan Tampin, mengecat tembok, menanam pokok, senamrobik, pameran agensi kerajaan, gotong royong pembersihan gerai, tandas awam dan kolam. Pihak Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan pada program kali ini. Kutipan sisa sampah yang dikumpul adalah sebanyak 351 kg manakala barangan kitar semula adalah sebanyak 300kg.


