KONVENSYEN REFORMASI KERENAH BIROKRASI WILAYAH TENGAH (SELANGOR & NEGERI SEMBILAN) 2026
Swiss-Garden Hotel, Genting Highlands
6 – 8 Oktober 2026
Majlis Daerah Tampin (MDT) telah menyertai Konvensyen Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Wilayah Tengah (Selangor & Negeri Sembilan) 2026 yang berlangsung pada 6 hingga 8 Oktober 2026.
Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) merupakan satu inisiatif yang memberi penekanan kepada usaha memudah cara urusan, mengurangkan kerenah birokrasi, memperkemas proses kerja serta meningkatkan kecekapan dan kualiti penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.
Dalam konvensyen ini, setiap peserta turut menerima pengiktirafan daripada Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sebagai penghargaan terhadap komitmen dan usaha yang dilaksanakan dalam menjayakan agenda reformasi penyampaian perkhidmatan.
Lebih membanggakan, Majlis Daerah Tampin telah menerima dua (2) pengiktirafan dalam majlis tersebut. Pencapaian ini merupakan satu penghargaan terhadap usaha dan komitmen warga MDT dalam melaksanakan penambahbaikan proses kerja serta memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, pantas dan berkesan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga Majlis Daerah Tampin atas pencapaian ini. Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pemangkin untuk MDT terus memperkasa budaya inovasi dan penambahbaikan berterusan demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
“Reformasi Diperkasa, Penyampaian Perkhidmatan Berkualiti.”


