MENU

Isnin , 21 November 2016 : Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Daerah Tampin telah berlangsung di Dewan Perdana Tampin. Perhimpunan kali ini telah diurusetiakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Tampin. Didalam ucapan Pegawai Daerah Tampin iaitu Tuan Hj. Mohamed Roduan Bin Ujang beliau telah menegaskan bahawa integriti, amanah dan berhemah tinggi perlu ada dan dipertingkatkan lagi dikalangan penjawat awam. Selain itu setiap jabatan perlulah menguruskan belanjawan jabatan dengan cermat dan berhemah. Beliau turut menyarankan agar aktiviti NBOS dikalangan jabatan perlu dipergiatkan lagi. Selain itu penggunaan ICT didalam penyampaian perkhidmatan perlu dimaksimakan kerana ia medan termudah untuk rakyat berhubung dengan jabatan kerajaan. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Pejabat Daerah & Tanah Tampin diatas kejayaan mengutip cukai tanah melebihi 90 peratus setakat ini. Perhimpunan kali ini turut membentangkan keputusan UPSR 2016 sekolah-sekolah di Daerah Tampin yang disampaikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah. Penyampaian bantuan kiosk di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) dan penyampaian hadiah kempen kibar jalur gemilang peringkat Daerah Tampin turut berlangsung.