MENU

Majlis Angkat Sumpah Perlantikan Ahli Majlis, Majlis Daerah Tampin bagi sesi 2018 - 2019 telah berlangsung pada 7 Ogos 2018 jam 9.30 pagi di hadapan Yang Dipertua MDT iaitu Pn. Suhaiza Binti Sharudin. Seramai 24 orang Ahli Majlis dikalangan parti-parti politik dan NGO telah dilantik untuk sesi kali ini. Turut hadir Y.B Teo Kok Seong ( Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan Dan Kampung Baru ) dan Y.B S. Veerapan (Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan). Setiausaha MDT, En. Mohd Hafiz Bin Yusof turut menyampaikan taklimat berkaitan pengurusan dan operasi MDT sebagai pengenalan kepada semua Ahli Majlis yang baru dilantik.