MENU

Gemencheh, Tampin 2 Oktober 2018 : Program Taklimat & Suai Kenal Majlis Pengurusan Komuniti (MPKK) Serta Ahli Majlis, Majlis Daerah Tampin (MDT) Bagi Sesi 2018/2019 telah diadakan pada jam 2.00 petang bertempat di Dewan Sri Gemencheh bersama Y.B. Dr. Hasan Bahrom, Ahli Parlimen Tampin. Majlis yang julung kali diadakan ini bertujuan memperkenalkan pemimpin yang baru dipilih kepada umum agar segala urusan yang dihadapi masyarakat dapat disalurkan dan diselesaikan sebaik mungkin. Taklimat berkaitan fungsi dan peranan MPKK telah disampaikan oleh wakil daripada Pejabat Daerah Tampin. Setiausaha MDT, En. Mohd Hafiz Bin Yusof telah meyampaikan taklimat berkaitan Ahli Majlis MDT serta memperkenalkan semua Ahli Majlis kepada umum. Turut sama didalam program ini Y.B. Veerapan A/L Superamaniam(ADUN Repah), Pn. Suhaiza Sharudin (YDP MDT) dan ketua-ketua jabatan peringkat daerah. Turut berlangsung sesi penyerahan kunci balairaya kepada semua MPKK yang baru dilantik. MPKK merupakan penjenamaan semula yang dulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK).