MENU

Pemberitahuan Penutupan Jalan Sempena Le Tour De Langkawi 2019 Pada 6 dan 7 April 2019

Pada 06/04/2019 (Sabtu)
Simpang-Simpang Yang Terlibat Dengan Laluan  Tersebut Akan Di Tutup Sepenuhnya Kepada Semua Pelumba Basikal Mulai Jam 1500 Hrs. Simpang-Simpang Jalan Yang Terlibat Adalah:-

-simpang Repah Jln Tampin Gemas
-simpang Taman Gunung Mas
-simpang Tampin Jaya
-simpang Jln Pasar
-simpang Jln Mahkamah
-simpang Jalan Padang
-simpang Jalan Kelab / Bukit Sebang
-simpang Jln Batu Belang Pekan Tampin
-simpang Jalan Kelab

Manakala Semua Jalan Lain Yang Berkaitan Dengan Laluan Utama Ltdl Akan Di Buat Lencongan Agar Semua Kenderaan Tidak Memasuki Laluan Tersebut.

Sebagai Panduan Kepada Semua Pengguna Jalanraya:-

▪Kenderaan Dari Gemas
( Akan Di Lencong Awal Di Kg Keru Menghala Ke Jalan Batu Belang  -  Taman Clonlee Dan Pekan Tampin Dan Lencongan Juga Di Buat Di Lampu Isyarat  Menghala Ke Jalan Tampin By Pas ( Pusat Bandar )

▪Kenderaan Dari Arah Seremban Akan Di Arah Memasuki Jalan Pusat Serenti Depan Gereja Tampin Masuk Ke Jalan Hospital Lama Melalui Jalan Bukit Sebang - Taman Perumahan Bukit Sebang Jalan Petronas Dan Ke Trafik Light Pulau Sebang Untuk Ke Alor Gajah Dan Melaka. 

▪Kenderaan Dari Arah Pulau Sebang Akan Dilencong Di Lampu Isyarat Mydin Dan Boleh Melalui  Jalan Pekan Pulau Sebang Dan Ke Jalan Bas Stand Pulau Sebang- Petronas Taman Bukit Sebang Dan Jalan Kelab - Jalan Pusat Serenti Untuk Ke Arah Seremban Dan Kenderaan Yang Ingin Menghala Ke Gemas Boleh Membuat Lencongan Ke Tampin By Pass - Taman Clonlee - Jalan Batu Belang - Keru Dan Terus Ke Gemencheh Atau Gemas.

▪Manakala Dari Hadapan Petron Kenderaan Tidak Dibenarkan Menghala Ke Lampu Isyarat Fadhil
Begitu Juga Di  Semua Kenderaan Tidak Dibenarkan Menghala Ke Pekan Tampin Tidak Dibenarkan Memasuki
Semua Lorong/Jalan Keluar/Masuk Ke Jalan Laluan Utama. Laluan Ltdl Akan Dikawal Oleh Petugas Trafik Bermula Dari Penuntupan Jalan Sehingga Acara Selesai. Jalan Akan Di Buka Semula Kepada Semua Lalulintas Selepas Semua Acara Perlumbaan Selesai. 

▪Semua Pengguna Jalanraya Adalah Dinasihatkan Supaya Merancang Perjalanan Dan Menggunakan Jalan Alternatif Bagi Mengelakkan Kesesakkan Yang Mungkin Berlaku Akibat Dari Penutupan Jalan Tersebut. 

▪Diharap Orang Awam Dapat Memberi Kerjasama Serta Mematuhi Arahan Polis Trafik Bagi Melancarkan Pergerakkan Lalulintas Untuk Memberi Laluan Kepada Acara Perlumbaan Le Tour De Langkawai Kali Ke 24.

 

Pada 07/04/2019 (Ahad)
Simpang-Simpang Yang Terlibat Dengan Laluan  Tersebut Akan Di Tutup Sepenuhnya Kepada Semua Kenderaan Mulai Jam 1300 Hrs. Simpang-Simpang Jalan Yang Terlibat Adalah:-

-trafik Light Pasir Besar Palong Ke  Gemas / Rompin 
-simpang Jln Kg Kurnia Di Raja
-simpang Jelai
-simpang Kg Londah
-simpang Jln Gemas Tampin ( Simpang Pasir Besar )
-simpang Jelai ( Jalan Gemas Tampin )
-simpang Sg Dua / Aks
-trafik Light Pejabat Pos Gemencheh ( Ke Gemas Dan Gemencheh Lama )
-simpang Jalan Gemencheh Lama
-simpang Felda Bukit Rokan

▪Manakala Semua Jalan Lain Yang Berkaitan Dengan Laluan Utama Ltdl Akan Di Buat Lencongan Agar Semua Kenderaan Tidak Memasuki Di Laluan Tersebut.
▪Sebagai Panduan Kepada Semua Pengguna 

Jalanraya:

▪Kenderaan Dari Gemas Yang Ingin Ke Bahau  Akan Di Lencong Awal Di Trafik Light Kg Londah Menghala Ke Jalan Londah Palong - Untuk Ke Arah Tampin Dan Melaka 

▪Laluan Akan Ditutup Sepenuhnya Di Km 5 Jalan Tampin Gemas ( Hadapan Shell Km 4 Jln Gemas Tampin Gemas ) 

▪Manakala Kenderaan Dari Arah Seremban Yang Ingin Ke Gemas Akan Di Arah Memasuki Jalan Gemencheh Batang Melaka Dan Ke Aks Sg Dua

▪Tidak Dibenarkan Melalui
Semua Lorong/Jalan Keluar/Masuk Ke Jalan Laluan Utama Laluan Ltdl Akan Dibuka Dan Lencongan Akan Dibuat Oleh Petugas Trafik Sehingga Peserta Ltdl  Selesai Melalui Laluan Tersebut. 

▪Jalan Akan Di Buka Semula Kepada Semua Lalulintas Selepas Semua Acara Perlumbaan Selesai Ke Sempadan Yang Terlibat. 

▪Semua Pengguna Jalanraya Adalah Dinasihatkan Supaya Merancang Perjalanan Dan Menggunakan Jalan Alternatif Bagi Mengelak Kesesakan Yang Mungkin Berlaku Akibat Dari Penutupan Jalan Tersebut 

▪Diharap Dapat Memberi Kerjasama Serta Mematuhi Arahan Polis Trafik Bagi Melancarkan Pergerakkan Lalulintas Untuk Memberi Laluan Kepada Acara Perlumbaan Le Tour De Langkawi Kali Ke 24.

Sumber :

POLIS DIRAJA MALAYSIA 
IBU PEJABAT POLIS DAERAH TAMPIN.