MENU

Bersempena menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan Majlis Daerah Tampin (KESUKMADT) telah menganjurkan Program Indahnya Ramadhan. Program yang saban tahun diadakan ini bertujuan memupuk semangat kerjasama dan siraturrahim dikalangan kakitangan MDT. Jika sebelumnya program-program seperti ini diadakan pada bulan ramadhan tetapi kali ini ia diadakan lebih awal agar semua warga MDT dapat mengambil bahagian selain memberi ruang untuk persiapan tarawih pada malam ramadhan. Aktiviti gotong-royong memasak rendang ayam dan nasi himpit menjadi menu istimewa kali ini. Selain menjadi juadah minum petang bersama makanan-makanan yang lain, menu istimewa ini turut dibungkus untuk diagih-agihkan kepada semua kakitangan. Terima kasih kepada Puan YDP, Tuan Setiausaha , ketua-ketua jabatan serta semua kakitangan yang hadir. Semoga ramadhan kali ini memberi keberkahan dan rahmat yang melimpah ruah kepada kita semua Insya Allah.