MENU

Bermula 22 Julai 2019 (Isnin) pihak MDT akan melaksanakan operasi sitaan bagi rumah-rumah dan premis-premis yang mempunyai tunggakan cukai taksiran. Sebelum operasi sitaan ini dilaksanakan, pihak MDT telah mengeluarkan notis peringatan berkaitan tunggakan cukai taksiran (Notis E) kepada pemilik-pemilik harta pada bulan April yang lepas dan diserahkan melalui serahan tangan, pos atau diletak di premis berkenaan.
Sila semak dan jelaskan tunggakan cukai taksiran anda. Terima kasih buat anda yang telah menjelaskan cukai taksiran MDT. Untuk pertanyaan boleh hubungi kami ditalian 06-441 5355 (Jab Penilaian) @ 06-441 5357 (Unit Hasil).