MENU

Hari Kakitangan MDT 2020 telah diadakan pada 29 Februari dan 1 Mac 2020 yang lalu di Bukit Gambang Resort City (BGRC) Kuantan, Pahang anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan MDT. Ia diadakan sebagai menghargai jasa kakitangan MDT yang telah menjalankan tugas bagi memastikan segala objektif jabatan dilaksanakan sebaik mungkin. Kemuncak Hari Kakitangan MDT ini ialah majlis makan malam yang diadakan di Ballroom Utama BGRC. Puan Suhaiza Binti Sharudin, Yang Dipertua MDT telah memberikan ucapan seterusnya merasmikan majlis yang bermula kira-kira jam 8.00 malam. Puan Suhaiza diringi Setiausaha MDT, En. Mohd Hafiz Bin Yusof bersama barisan ketua-ketua jabatan seterusnya melancarkan video korperat baru MDT sebagai simbolik imej baru jabatan. Pada majlis yang sama kakitangan MDT yang bakal bersara turut diraikan bersama pasangan masing-masing . Acara diserikan dengan persembahan band MDT, persembahan kakitangan pelbagai peringkat dan persembahan ketua-ketua jabatan yang mencuit hati. Semua kakitangan tidak pulang kosong kerana urusetia turut menyediakan cabutan nama bertuah dengan pelbagai hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi. Tahniah kepada kakitangan yang memenangi hadiah-hadiah utama. Acara telematch turut diadakan pada hari terakhir program ini sebelum semua berangkat pulang. Terima kasih diatas komitmen semua kakitangan yang hadir bagi menjayakan dan memeriahkan lagi majlis ini. Anda semua hebat!